HOME OF MUSAFIR

Rabu, 27 April 2011

PAPAN IKLAN MANSUHKAN ISA SELURUH SELANGOR

SHAH ALAM, 27 April: Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini meluluskan peruntukan lebih RM600,000 untuk memasang sebanyak 56 papan iklan Kempen Selamatkan Malaysia: Mansuhkan ISA di seluruh negeri.


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata papan iklan Selamatkan Malaysia: Mansuhkan ISA itu akan dipasang di semua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) dan dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya dalam tempoh dua bulan.

Beliau berkata, kos pemasangan papan iklan itu menggunakan peruntukan Dana Akaun Amanah Penswastaan dan disalurkan kepada Menteri Besar Pemerbadanan (MBI).

Beliau berkata, projek pemasangan dan pembinaan papan-papan iklan itu akan dilakukan secara tender terbuka yang akan diiklankan di akhbar-akhbar utama.

“Usul untuk memasang papan iklan Selamatkan Malaysia: Mansuhkan ISA telah diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor yang bersidang pada 1 April 2011,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan MMKN, hari ini.

Menteri Besar berkata, pemasangan papan iklan itu sejajar dengan hasrat Kerajaan Pakatan Rakyat yang mahu melaksanakan transformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara.

“Ia juga sejajar dengan Program kedua yang terkandung dalam Program 100 Hari jika Pakatan Rakyat memerintah negara iaitu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),” katanya.

SUMBER<--Klik di sini

MUSAFIR DUNIA


HAIRAN.. Bagaimana yang dikatakan mencintai ISLAM jika tidak beramal dengan al-Quran dan sunnah??


Ahad, 24 April 2011

IKHLAS?

Makan dengan ikhlas
Saya pasti, anda yang sedang membaca blog saya ini adalah seorang yang ikhlas. Bagaimana saya boleh mengetahui tentang keikhlasan anda? Kerana anda membaca dengan penuh rasa ingin tahu, anda juga berharap supaya anda mendapat sesuatu input yang berguna dari pembacaan anda, anda cuba mengkritik, tapi kritikan anda adalah yang membina, anda ingin membantu saya. Benarkan begitu? Sayamempunyai sedikit perkongsian dengan anda hasil dari pembacaan saya. Saya membaca kerana saya ingin melatih diri saya mencintai ilmu. Berilmu tanpa amal tidak akan melahirkan sifat warak, zuhud, dan taqwa.Berilmu dan beramal tetapi tidak bersifat ikhlas seperti amalan yg dilakukan itu tidak memberi kesan pada pembentukan peribadi yg baik. Ikhlas merupakan puncak daripada gagasan sifat-sifat terpuji yagg seharusnya dimiliki dan diamalkan oleh seseorang.



Sifat ikhlas hanya akan terbentuk pada diri seseorang andainya ia mempunyai sifat ihsan, amanah, rendah diri, dan sifat-sifat lain yang terpuji. Oleh sebab itulah sifat ikhlas itu tinggi martabatnya menjadikan org yg bersifat demikian tidak boleh diperdaya oleh iblis dan syaitan. Orang yg seumpama inilah yg mendapat inayah dan maunah dari Allah [swt]. Saya Cuma mengulas sedikit kata-kata dari Prof Dr Harun Din. Semoga ianya bermanfaat.


Persoalan yang sedang bermain di fikiran saya sekarang:


1. Adakah saya betul-betul ikhlas menulis blog ini kerana Allah?
2. Adakah penulisan saya membawa manfaat kepada saya dan anda?
3. Adakah saya menggunakan masa saya sebaiknya dan adakah saya menyebabkan masa anda berlalu tanpa manfaat setelah anda membaca penulisan saya?
4. Adakah kita ikhlas???


Semoga sifat ikhlas menjadi sifat orang-orang mukmin. Ini doa saya untuk anda dan doa khas buat diri saya sendiri kerana saya akui bahawa saya bukanlah sentiasa ikhlas. Saya pernah mendengar daripada guru saya bahawa amalan yang tidak ikhlas tidak akan dikira sebagai amalan soleh oleh Allah. Dalam sebuah hadis ada mengatakan bahawa, “Setiap amalan itu bermula dengan niat.” Guru saya juga ada menerangkan bahawa jika seseorang itu tidak ikhlas dalam beramal, maka berlatihlah seolah-olah seperti ikhlas. Inilah yang saya maksudkan sebagai berlakon ikhlas namun lama-kelamaan akhirnya sifat ikhlas akan terbentuk dengan penuh hikmah. Ia adalah sebagai satu latihan. Yang menilai samada dari segi pahala atau dosa, hanya Allah lah yang layak menilai. Jika penulisan saya mempunyai banyak kesalahan, tegurlah saya. Saya bukan seorang yang sempurna kerana saya sorang manusia yang kadang kala menulis mungkin kerana nafsu. Wallahua’lam… di ulang post.. =)

ILMU+IIMAN+AMAL+FIKIR


“Sesungguhnya orang terbaik yang boleh engkau ambil bekerja adalah orang yang mempunyai kekuatan lagi amanah”
[Al-Qasas 28 : 26]

Isnin, 4 April 2011

SUATU KEPASTIAN

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan" .
(Surah Ali Imran [3] : 185)

  • Ajal maut di tangan Allah s.w.t, jika Allah s.w.t mengkehendaki maka tiada sesuatu pun yang boleh menahanNYA.
  • Kematian itu PASTI, hidup itu INSYALLAH.
  • Semakin hari kematian mendekati kita, dan bila kematian itu tiba maka malaikat maut tidak akan lewat sedetik mahupun cepat sedetik mencabut roh dari jasad.
  • Waktu kematian itu, terputuslah amalan anak adam kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang bermanfaat dan doa anak yg soleh.
    P/S: Wahai kalian, Ampun dan maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan, sama ada sengaja atau tidak disedari..

Ahad, 3 April 2011

HAKIKAT


"Wahai ikhwan, perlengkapkanlah dirimu dengan mendapat tarbiyah yang sahih dan pengalaman serta ujian yang terperinci... Ujilah para bakal pejuang dengan amal yang kuat yang banyak, yang tidak disukai oleh mereka, yang membebankan mereka dan pisahkanlah mereka dengan hawa nafsu dan kebiasaan mereka agar mereka tahu apa itu HAKIKAT PERJUANGAN..."
 
~kata-kata imam asy-Syahid Hasan al-Banna~