![]() |
Makan dengan ikhlas |
Sifat ikhlas hanya akan terbentuk pada diri seseorang andainya ia mempunyai sifat ihsan, amanah, rendah diri, dan sifat-sifat lain yang terpuji. Oleh sebab itulah sifat ikhlas itu tinggi martabatnya menjadikan org yg bersifat demikian tidak boleh diperdaya oleh iblis dan syaitan. Orang yg seumpama inilah yg mendapat inayah dan maunah dari Allah [swt]. Saya Cuma mengulas sedikit kata-kata dari Prof Dr Harun Din. Semoga ianya bermanfaat.
Persoalan yang sedang bermain di fikiran saya sekarang:
1. Adakah saya betul-betul ikhlas menulis blog ini kerana Allah?
2. Adakah penulisan saya membawa manfaat kepada saya dan anda?
3. Adakah saya menggunakan masa saya sebaiknya dan adakah saya menyebabkan masa anda berlalu tanpa manfaat setelah anda membaca penulisan saya?
4. Adakah kita ikhlas???
Semoga sifat ikhlas menjadi sifat orang-orang mukmin. Ini doa saya untuk anda dan doa khas buat diri saya sendiri kerana saya akui bahawa saya bukanlah sentiasa ikhlas. Saya pernah mendengar daripada guru saya bahawa amalan yang tidak ikhlas tidak akan dikira sebagai amalan soleh oleh Allah. Dalam sebuah hadis ada mengatakan bahawa, “Setiap amalan itu bermula dengan niat.” Guru saya juga ada menerangkan bahawa jika seseorang itu tidak ikhlas dalam beramal, maka berlatihlah seolah-olah seperti ikhlas. Inilah yang saya maksudkan sebagai berlakon ikhlas namun lama-kelamaan akhirnya sifat ikhlas akan terbentuk dengan penuh hikmah. Ia adalah sebagai satu latihan. Yang menilai samada dari segi pahala atau dosa, hanya Allah lah yang layak menilai. Jika penulisan saya mempunyai banyak kesalahan, tegurlah saya. Saya bukan seorang yang sempurna kerana saya sorang manusia yang kadang kala menulis mungkin kerana nafsu. Wallahua’lam… di ulang post.. =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan