HOME OF MUSAFIR

Jumaat, 12 November 2010

SIFAT SABAR

DAN MINTALAH PERTOLONGAN (KEPADA ALLAH) DENGAN JALAN SABAR DAN MENGERJAKAN SEMBAHYANG. DAN SESUNGGUHNYA SEMBAHYANG ITU AMATLAH BERAT KECUALI KEPADA ORANG-ORANG YANG KHUSYUK. 
(Surah al-Baqarah ayat 45)

Di antara perkara yang mudah dicerita, 
susah diamalkan ialah sifat sabar.
Kerana sabar itu ada hubungannya

dengan hati, hati ada perasaan.
Lidah tidak ada perasaan, cuma ada
sentuhan.
(MADAH ABUYA)


ANAK SULUNG, ANAK TENGAH DAN ANAK BONGSU??

Anak sulong, bongsu dan tengah masing2 ada kelebihan dan kekurangan sendiri.

Kisah ini saya petik dari pembacaan saya, ini yang dapat saya kongsikan..
Kisah ini mengenai adik-beradik.Al Quran telah menceritakan bagaimana adik2 beradik Nabi Yusuf yang menbenci baginda sehingga sanggup merancang pembunuhan baginda.

"Sesungguhnya Yusuf dan adiknya, lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu kumpulan (yang ramai dan berguna). Sesungguhnya bapa kita adalah dalam keadaan tidak adil yang nyata." (12:8)
 
Mereka menganggap ayahanda mereka melebih2kan Nabi Yusuf dan adik bongsu mereka Ben Yamin, padahal mereka berburuk sangka dan dengki pada kedua2 adik mereka kerana Nabi Yusuf mempunyai kelebihan rupa paras dan memiliki tingkah laku yang sopan serta baik hati. 

" Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu tempat yang jauh, supaya perhatian dan kasih sayang bapa kamu tertumpu kepada kamu semata-mata, dan supaya kamu sesudah itu menjadi orang-orang yang baik dan berguna". (12:9)

Untuk mendapatkan perhatian dari ayahanda mereka, seperti yang mereka sangkakan, mereka merancang untuk membunuh Nabi Yusuf, padahal alangkah bagus jika mereka menyedari kesilapan dan mengubah sikap mereka mencontohi peribadi Nabi Yusuf, sudah tentu mereka akan dapat merasai kasih sayang dan perhatian dari ayahanda mereka, Nabi Yaakub. 

Pengajarannya bagi saya dan kita semua adalah, perasaan dengki terutamanya kepada adik beradik yang lebih berbakat, lebih berakhlak atau lebih cantik, adalah sangat merbahaya dan boleh menjurus kepada dosa lebih besar seperti berbunuhan yang juga berlaku antara Habil dan Qabil suatu ketika dulu.

Kaedah yang lebih baik untuk mengatasi rasa cemburu dan buruk sangka pada adik beradik adalah dengan menumpukan perhatian kepada kelebihan yang kita ada, dan bukan dengan membuat perbandingan dengan mereka. Kita juga harus bekerja keras mengasah bakat untuk berjaya dalam bidang yang telah Allah swt tentukan untuk kita.


p/s: Saya anak Bongsu, hehe


http://halaqah.net

Jumaat, 5 November 2010

1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN

..... Firman Allah s.w.t:“Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berjuang pada jalan Allah), sama ada dalam keadaan ringan (senang) ataupun dalam keadaan berat (susah); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.”(Surah At-Taubah, ayat 41)