HOME OF MUSAFIR

Isnin, 28 Mac 2011

JANGAN SAMPAI RAKYAT DOA WAKIL RAKYAT MATI

SUMBER


KUALA LUMPUR, 28 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menasihatkan kerajaan BN agar tidak hanya menjalankan projek pembangunan bila ada pilihan raya.


Katanya, keadaan itu telah menimbulkan satu kefahaman di kalangan rakyat bahawa untuk mendapat kemudahan asas perlu berlaku pilihan raya di tempat mereka.

"Kita merasakan dukacita bila ada rakyat menunggu-nunggu wakil rakyat mati untuk mudah mendapat kemudahan asas," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 (Bacaan kali kedua) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau sebelum itu membangkitkan isu kemudahan infrastruktur di beberapa kawasan khususnya pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang masih belum diselesaikan kerajaan biarpun sudah lebih 50 tahun memerintah.

Apatah lagi katanya, Sarawak mempunyai hasil negeri yang banyak namun rakyatnya masih dibelengu kemiskinan dan kawasan-kawasannya masih tidak mempunyai kemudahan asas yang lengkap.
"Bila ada pilihan raya kecil barulah diwarwarkan akan diadakan kemudahan-kemudahan.
"Ini pendedahan yang memalukan setelah lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan," tambahnya.

Sehubungan itu beliau tidak mahu rakyat terus diperbodoh kerajaan dan menggesa kerajaan menjalankan tanggungjawab setiap masa dan bukan menunggu pilihan raya.
Sementara itu beliau turut membangkitkan masalah pemantauan pemberian subsidi minyak kepada nelayan.
Merujuk kes nelayan di Terengganu beliau berkata, nelayan kecil di negara ini terpaksa berdepan kapal armada yang memonopoli subsidi tersebut.
"Kementerian pertanian diberi peruntukan besar khususnya dalam memberi subsidi kepada nelayan.Tapi jumlah subsidi yang besar bocor,diberi kepada armada daripada kroni tertentu yang menggunakan pekerja asing daripada Vietnam,Thailand dan sebagainya.
"Mereka memunggah minyak subsidi dengan banyak sehingga sukar nelayan tempatan mengambil minyak di stesen-stesen minyak kerana diganggu oleh armada yang besar," katanya.

Tambahnya,meskipun ada tindakan daripada pihak terbabit berkaitan perkara ini,namun ianya seolah-olah melepaskan batuk di tangga sahaja.

Situasi yang sama katanya terus berlaku dengan golongan nelayan terus tertindas.

"Semua tahu armada ini menjual minyak subsidi ini di laut.Walaupun sebelum ini ada tindakan diambil kepada individu tertentu tetapi seolah-olah melepaskan batuk di tangga sahaja.

Ini satu kebocoran subsidi yang tidak dinikmati rakyat yang berhak menerimanya," katanya.


Isnin, 21 Mac 2011

ADDEEN


Rasulullah saw bersabda dalam satu hadis riwayat Muslim, dari Abu Ruqaiyah bin Aus adDari:
"AdDeen (agama) itu adalah nasihat. Kami bertanya: Untuk siapa? Rasulullah menjawab: untuk Allah, kitabNya, rasulNya, kepada semua pemimpin orang Islam dan kepada semua orang Islam".

Maksud firman Allah dalam surah AzZariyat ayat 55:
"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanafaat bagi orang-orang yang beriman."

 


Selasa, 15 Mac 2011

AKHLAQUL MU'MIN

  • Ihsan
  • Tawadhuk
  • Jujur
  • Amanah
  • Tepati Janji
  • Malu
  • Kasih Sayang

Tajuk buku:
Akhlaqul Mu'min
-Semulia Akhlak Nabi-

Penulis:
Amru Khalid

Terbitan:
Pustaka Aqwam

Jom laksanakan tanggungjawab ke atas diri sendiri dan insan lain.

Isnin, 7 Mac 2011

"ALHAMDULILLAH"

Assalamualaikum, ALHAMDULILLAH, TAHNIAH!

"ALLAH TIDAK MENTAKLIFKAN (MEMPERTANGGUNGJAWABKAN) KAMU MEMPEROLEHI NATIJAH (HASIL) PEKERJAAN; TETAPI ALLAH MENTAKLIFKAN KAMU SUPAYA MMPERBETULKAN TAWAJJAH (HADAP) DAN MEMBUAT PERSEDIAAN YANG BAIK.. KEJAYAAN ADALAH UNTUK ORANG-ORANG YANG BERKERJA."

~Al-Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna~


Ahad, 6 Mac 2011

PANDANGAN YUSUF AL-QARDAWI MENGENAI PANDUAN KEBANGKITAN ISLAM DAN CIRI-CIRI PENDAKWAH

Menurut perlembagaan PAS:
BAB YANG KEDUA: DASAR DAN SERUAN
Fasal 3. Dasar PAS ialah ISLAM
Fasal 4. Seruan PAS ialah ALLAHUAKBAR

Perkara ini membicarakan panduan kebangkitan Islam. Menurut al-Qaradawi kebangkitan Islam perlu mempunyai kematangan dan anjakan paradigma ke arah yang lebih baik. Di samping itu, beliau juga menggariskan ciri-ciri pendakwah.


Kebangkitan Islam yang Diinginkan
Sejak bermulanya semarak kebangkitan Islam pada awal 70-an dan 80-an, al-Qaradawi sentiasa memberi bimbingan kepada generasi muda Islam mengenai kebangkitan Islam dengan memberi pandangan dan ijtihad gerakan.

Beliau juga melibatkan diri dalam proses ekonomi Islam dengan menjadi ahli penasihat kepada Bank Faisal dan institusi-institusi kewangan lain. Beliau menjelaskan antara penyakit umat Islam yang berlawanan dengan sifat fitrah manusia ialah al-Ghalu (fanatik) kerana perjalanannya tidak akan panjang serta mengabaikan hak-hak orang lain.


Al-Qaradawi mengakui bahawa beliau sentiasa mengambil berat tentang masalah kebangkitan Islam yang telah menjadi isu utama dalam penulisannya lantaran kepentingan masa kini serta masa depan umat Islam. Keperluan ini amat mendesak untuk memastkan kebangkitan ini tidak melemahkan dan tidak melencong dan tidak menyimpang. Kebangkitan ini tidak seharusnya tergendala di tengah jalan. Oleh itu, beliau menggariskan sepuluh langkah menuju kematangan kebangkitan Islam atau membimbing kebangkitan Islam dari zaman kekeliruan kepada pencerahan. Sepuluh langkah yang diutarakannya ialah :


1. Beralih dari format dan simbol kepada hakikat dan “sabstance”




2. Beralih dari retorika dan perdebatan menuju penerapan dan tindakan


 3. Beralih dari sikap sentimental dan emosional menuju sikap rasional dan ilmiah.

 4. Beralih dari orientasi masalah cabang dan remeh menuju masalah pokok dan utama 


5. Beralih dari menyulitkan dan ancaman menuju kemudahan dan khabar gembira


 6. Beralih dari bersifat jemu kepada sifat ijtihad



7. Beralih dari ekslusif kepada inklusif



8. Beralih dari sikap berkeras kepada berhikmah



9. Beralih dari sikap berlebihan kepada bersederhana



10. Beralih dari pertelingkahan kepada kesatuan


Semoga mendapat iktibar. Wallahua'lam..

 P/s: Setujukah kalian yang menyatakan bahawa PAS hanya parti politik semata-mata tanpa menitik soal tarbiah? Sehingga ada yang menyatakan bahawa : "Kalau nak politik, pi kat PAS, kalau nak tarbiah kuat, mai kat kami." Sehingga menuduh PAS tidak mempunyai tarbiyah, NA'UZUBILLAH.. Setujukah yang sedemikian?


**BAHAWA dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia, yang dijadikan bagi menegakkan AL AMRU BIL MA'RUF WAN NAHYU 'ANIL MUNGKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisyiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan "PARTI ISLAM SEMALAYSIA."



Layari: http://perlembagaan-pas.blogspot.com/

HIDUPKAN ISTILAH 'WANG PEMBAYAR CUKAI ' DALAM MEDIA

Istilah memainkan peranan penting dalam menyedarkan penggunanya dan pendengar. Seringkali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut ‘kerajaan bermurah hati membantu’.


Kebahagiaan tidak semestinya berpunca dari DUIT.


Rakyat seakan bagaikan peminta sedekah. Begitu juga apabila ada penyelewengan ataupun pembaziran, maka rakyat yang tidak faham merasakan yang rugi hanyalah kerajaan atau duit orang politik, sedangkan mereka lupa wang tersebut adalah wang mereka. Maka di sini disebutkan beberapa perkara;


i. Samada kita sedar atau tidak, setiap rakyat negara ini membayar cukar kepada kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung dan tidak langsung. Harga barangan yang kita beli dalam negara ini sebenarnya kita bayar bersama harga cukai. Di Malaysia kita membeli kereta dengan harga yang tinggi disebabkan faktor cukai. Begitu juga segala barangan, makanan dan stesyen TV yang dibeli merangkumi harga cukai. Maka, setiap rakyat kena tahu bahawa mereka sebenarnya setiap hari membayar cukai kepada kerajaan. Justeru wang kerajaan adalah wang rakyat.

ii. Maka, wang yang dibelanja oleh mana-mana kerajaan; samada BN atau PR atau istana-istana dalam negara adalah wang rakyat yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung, sedar ataupun tidak sedar. Istilah ‘wang pembayar cukai’ atau taxpayers money, atau harta awam sepatutnya sentiasa dipakai dalam media dan ungkapan rakyat.


Justeru, apabila kerajaan membelanja untuk sesuatu projek atau menyalurkan harta kepada mana-mana pihak, hendaklah dilapor atau disebut “kerajaan menggunakan wang pembayar cukai atau harta rakyat untuk projek itu dan ini”. Jika berlaku pembaziran, hendaklah dilapor dan disebutkan “kerajaan telah membazirkan wang pembayar cukai, atau merosakkan harta awam, merugikan wang rakyat”.


iii. Ungkapan ini penting supaya orang-orang politik sedar bahawa bantuan dan peruntukan yang mereka salurkan kepada rakyat bukan wang poket mereka, atau harta peribadi mereka sehingga mereka boleh mendabik dada bangga. Sebaliknya, ia sememang harta rakyat. Begitulah rakyat, mereka tidak boleh tertipu dengan merasakan seolah-olah bantuan yang diumumkan oleh orang-orang politik itu dari ‘harta persendirian’ tokoh politik tersebut, sebaliknya ia memang harta rakyat yang diuruskan oleh orang-orang politik. Ini boleh mengelakkan perasaan rakyat yang merasakan mereka bagaikan peminta sedekah kepada kerajaan dan mengelakkan orang-orang politik lupa diri terhadap wang awam yang mereka belanja atau isytiharkan dalam kempen politik mereka.

iv. Sesebuah kerajaan BUKAN dipuji kerana mereka berbelanja dengan wang rakyat atau wang pembayar cukai itu, tetapi mereka dipuji kerana pengurusan yang cemerlang dan amanah dalam mengendalikan harta awam atau harta rakyat. Ertinya, jika kerajaan berjaya mengendalikan harta rakyat dengan cemerlang dan amanah, maka kerajaan itu dipuji dan disokong, begitu juga sebaliknya.


v. Istilah ‘taxpayers money’, atau ‘taxpayers fund’ atau ‘taxpayers dollar’ sering digunakan dalam media negara maju apabila memperkatakan tentang pembelanjaan ataupun pembaziran oleh pihak kerajaan. Istilah seperti ini sebenarnya boleh membantu mengelakkan kecuaian kerajaan dan dalam masa yang sama boleh menyedarkan rakyat tentang hakikat wang yang digunakan oleh pihak kerajaan. Istilah ini juga patut dihidupkan dalam negara kita.


Sumber: Seorang yang bergelar 'Prof Madya Doktor.....',

P/s: "Usah melihat siapa orang yang berkata, tetapi lihatlah apa yang diperkatakannya..." Wallahua'lam.