HOME OF MUSAFIR

Isnin, 28 Februari 2011

FITRAH; SALURKAN DI JALAN YANG BETUL

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan , samaada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahui."
Surah Yaasin: 36



P/S: ARE YOU PROTECTED? WHY YOU DISCUSS IT WITH NON-PROFESIONALLY??

BANGSA BUKAN PENYELAMAT HINGGA LIANG KUBUR

SIAPA MB PERAK YANG SEBENAR???
   
     Melayu dan Islam adalah berbeza tetapi Islam sangat dekat dengan Melayu. Berbicara tentang Melayu dan Islam -di rantau ini khususnya- sama seperti rumusan yang dibuat oleh westerner mahu pun orientalis yang keliru antara Arab dan Islam. Ramai penduduk atas angin sana menganggap yang semua Arab itu Islam dan Islam itu adalah Arab. Lebih dahsyat apabila ada orang Arab yang menyeleweng atau bertindak melampau (terror) maka tindakan itulah tasawur mereka tentang Islam. Kegagalan membezakan manakah bangsa dan manakah agama secara adil menjadikan kekeliruan dan kesesatan berkembang biak sebenarnya.
 
    Melayu juga begitu sinonim dengan Islam hinggakan seorang muallaf yang baru memeluk Islam disebut sebagai 'masuk Melayu'. Bahkan jika seorang lelaki yang muallaf atau memang Melayu asal itu sendiri apabila mahu dipotong 'anunya' atau amalan bersunat mereka dikatakan 'masuk jawi'. Jawi dalam fahaman sosio linguistik adalah merujuk kepada orang Melayu di rantau Melayu. Lelaki Islam hanya lengkap dan sah Islamnya bila 'masuk jawi' dalam fahaman orang Melayu.
 
PETIKAN AKHBAR:
KUALA LUMPUR, 28 Feb: Siapakah yang sanggup mengaku dirinya Umno dan Melayu sekiranya rakyat Perak dan Malaysia insaf dan sedar bahawa Umnolah sebenarnya pengkhianat kepada bangsa Melayu dan agama Islam. Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan menteri besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir seperti yang disiarkan dalam Sinar Harian edisi Perak hari ini di muka hadapan sebagai berkata “DAP yang akan menggantikan PAS, bukan parti itu akan menggantikan Umno". “Saya merasa sangat terkejut dan hairan dengan kenyataan yang tidak berasas itu.
“Malah saya melihat bagaimana Zambry sudah kehabisan modal dengan mengeluarkan kenyataan yang lucu dan pelik itu,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
 

Menurut Zambry, ahli Umno tidak pernah malu untuk mengaku sebagai bangsa Melayu tetapi ada parti yang malu untuk mengaku mereka adalah bangsa Melayu. “Siapakah yang sanggup mengaku dirinya Umno dan Melayu sekiranya rakyat Perak dan Malaysia insaf dan sedar bahawa Umnolah sebenarnya pengkhianat kepada bangsa Melayu dan agama Islam,” katanya yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak. Tambahnya, tuduhan Zambry yang mengatakan PAS menghadapi kecelaruan pemikiran yang keterlaluan sehinggakan sanggup untuk tidak mengaku bangsa sendiri adalah tuduhan yang memperbodohkan dirinya sendiri. Menurutnya, mana ada pemimpin PAS yang tidak mengaku dirinya Melayu, dan apalah lebihnya mengaku sebagai Melayu kerana bangsa bukan merupakan penyelamat sehingga ke liang kubur.
Di sudut lain, tanya beliau adakah Zambry sedar sebagai seorang Islam bahawa tidak ada ajaran memperjuangkan bangsa, apa lagi mempertahankan Umno yang mempergunakan perjuangan bangsa demi untuk meraih sokongan orang Melayu.
 

Jelasnya, dakwaan Zambry yang berkata Pakatan seolah-olah hanya tidur sebantal tetapi mimpinya berlainan adalah dakwaan usang yang menggambarkan ketakutan BN kepada kesepakatan kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang lebih baik.
Malah, ujarnya yang juga Adun Titi Serong tawaran 100 hari yang dikemukakan dalam konvensyen itu merupakan hujah kuat bahawa PR sudah bersedia untuk menggantikan BN di Putrajaya.
Zambry yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri menyebut perkara itu semasa berucap kepada ahli Umno yang hadir pada Majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan Cawangan-cawangan Negeri Perak di Stadium Indera Mulia, di sini, semalam. 


P/S: PIHAK ADMIN TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Khamis, 24 Februari 2011

SIAPA PEMIMPIN PEMBELA AGAMA?

Berikut adalah surat arahan kepada ketua-ketua cawangan Umno, yang dikeluarkan oleh Umno Bahagian Kapar.(Dah lama dah: 1996)


Semua Ketua Umno Cawangan-Cawangan,
Dalam bahagian Kapar.
Tuan-Tuan,


GARIS PANDUAN PROGRAM AGAMA:


Dengan hormatnya dimaklumkan, saya diarah untuk menarik perhatian Ketua-Ketua Cawangan mengenai perkara di atas. Adalah diperhatikan akhir-akhir ini ada cawangan-cawangan UMNO dalam bahagian Kapar yang menganjurkan program-program agama seperti ceramah-ceramah, pengajian, forum dan sebagainya. tuan-tuan adalah diminta supaya lebih berhati-hati apabila mengundang para penceramah/ustaz untuk mengisi program-program tersebut kerana terdapat penceramah-penceramah agama yang menggunakan ayat-ayat al-Quran dan Hadith sebagai dalil dan hujjah untuk merendah-rendahkan perjuangan UMNO.


Sebagai contoh, pada 7hb. September 1996 yang lepas, satu majlis forum telah diadakan di bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang. Salah seorang ahli penal forum itu telah menghuraikan ayat 36 Surah Al0Ahzab yang menjelaskan kesesatan mereka yang "memilih hukum selain dari hukum Allah", termasuk juga mereka yang menolak hukum hudud dalam al-Quran.


Kita tidak boleh menerima hujjah dari Quran seperti itu kerana ini akan menjauhkan sokongan rakyat kepada Umno.Kita menolak hukum Quran kerana ianya bersesuaian dengan semangat Barisan Nasional bagi mengekalkan kuasa dalam negara ini. Kejahilan masyarakat dalam agama bererti keuntungan kepada perjuangan kita.


Sebagai garis panduan, sila ambil langkah-langkah berikut apabila menganjurkan program-program agama:

1. Sila berbincang dengan Nazir Masjid/Pengerusi surau supaya tidak menjemput ustaz-ustaz yang menentang dasar kerajaan. Pengajian tafsir Quran dan hadith hendaklah dielakkan kerana biasanya Quran dan hadith menjelaskan sifat-sifat munafiq, syirik dan sebagainya. Ini mungkin "terkena kepada kita"

2. Pilihlah ustaz yang sesuai dengan perjuangan kita. Sekiranya meragui latarbelakang mereka, sila rujuk kepada Ketua Biro Agama bahagian. Adalah diingatkan supaya tuan-tuan lebih berhati-hati. Terdapat ramai para ustaz termasuk kadhi yang menentang dasar kerajaan.

3. Sila nasihatkan ahli-ahli Umno agar meeka tidak terpengaruh dengan hujjah agama selain dari apa yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan pada masa ini. Memadailah sekiranya masyarakat diajak untuk turut serta bersama kita dalam majlis-majlis tahlil dan membaca yassin yang diadakan di masjid/surau.


Sekian, terima kasih.

Hormat dari saya,
SAMAN BIN HAJI AHMAD

Setiausaha, Umno Bahagian Kapar.
s.k.
YB Dato' Ketua UMNO Bahagian Kapar,
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kapar,
Ketua Biro Agama Bahagian Kapar.



P/s:
1. Saya cadangkan kepada para pemimpin UMNO jikalau mereka mengaku betul tidak khianat pada rakyat, tambahkan dalam doa solat Jumaat agar Allah melaknat para pemimpin yang khianat, rasuah, salah guna kuasa akan tetapi jika pemimpin itu betul akan cara bekerja nya semoga Allah memberkati mereka dan seluruh keluarga mereka... Agak-agaknya ada yang berani x...
2. Memfitnah dan membuka aib insan lain tanpa sebab yang haq adalah berdosa, tetapi menyembunyikan kezaliman dan penyalahgunaan kusa pemimpin yang zalim adalah lagi-lagi mendatangkan dosa.. Wallahua'lam.

Khamis, 17 Februari 2011

INDAHNYA TARBIYAH

~Saya kuat, Ya Allah kurniakan kekuatan jiwa yang sebenar.~
Dalam Surah Al-Ankabut ayat 2, Allah SWT berfirman :

“ Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan : “ Kami telah beriman, “ dan mereka tidak diuji?”


Penyejuk Jiwa
Kalam Allah SWT menyejukkan jiwa mereka yang diselubungi masalah.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.” (Al-Baqarah : 49)



Mudahan kita sentiasa tabah dengan segala bentuk ujian daripada Allah SWT. Ingatlah inilah didikan Allah SWT.
Sekiranya kita ditimba musibah, yakinlah itulah tanda kasih sayang Allah SWT agar kita tidak alpa dan lupa. Allah SWT menetapkan begitu agar kita sentiasa ingat kepadaNya.
Wallahua'lam..
~Indahnya tarbiyah sebegini~

Isnin, 14 Februari 2011

BADAN SIHAT OTAK CERDAS; + AMAL SOLEH

Kita diwajibkan menjaga kesihatan tubuh badan agar sentiasa sihat kerana ia adalah amanah daripada ALLAH S.W.T...

Gambar: Saya sempat menemani anak saudara saya yang ke 8 (Ilyasa) di sukaneka
tahunan di TIP (Tadika Islam Perak), Simpang Pulai, Ipoh.
~Terkenang zaman sekolah, dan bersukanlah walau sekali seminggu..~

Sabtu, 12 Februari 2011

AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA (1906-1949)

"...Kupersembahkan jiwa ini ke hadrat Allah dan Ia pula yang akan menyelamatkannya. Inilah perjanjian antara Allah dan seorang hamba-Nya, yang kucatat di sini, dengan guruku sebagai saksi. Apa pun tak bisa mempengaruhinya, kecuali nurani. Siapa pun tak bisa menebusnya, kecuali Tuhan. Hanya mereka yang memenuhi janjinya kepada Allah, berhak menerima imbalannya."



Inilah tekad dan keghairahan jihad seorang pejuang Islam dan pengasas gerakan Islam terkenal, Imam Hassan al-Banna. As-syahid yang gugur pada 12 Februari 1949, menyatakan tekad tersebut sewaktu masih menuntut di pusat pengajian tinggi Darul Ulum, Kaherah. Janji As-syahid yang dibuat semasa masih berusia lewat belasan tahun dikotakan dalam perjalanan hidupnya sehinggalah beliau kembali ke pangkuan Allah (SWT).


Imam Hassan al-Banna dilahirkan pada 0ktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah yang terletak di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang dihormati. Bapanya Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna adalah seorang ulama, imam, guru dan seorang pengarang terkenal. Beliau berkelulusan Universiti al-Azhar dalam jurusan agama dan banyak dipengaruhi oleh fikrah serta cita-cita perjuangan Syeikh Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin al-Afghani.



Sungguhpun Syeikh Ahmad al-Banna berkelulusan tinggi, beliau hanya bekerja sebagai pembaik jam Mahmudiyyah. Masa selebihnya beliau gunakan untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al-Qur'an dan hadis kepada penduduk tempatan. Malah beliau juga adalah pengarang beberapa kitab-kitab hadis dan fiqh perundangan Islam.Ketokohan, keilmuan dan keperibadian tinggi Syeikh Ahmad al-Banna diwarisi pula oleh anak sulungnya, Hassan al-Banna yang kemudian menjadi pemimpin dan pengasas gerakan Ikhwan Muslimin yang dihormati serta merubah sejarah. Melalui kepimpinan dan didikan Hassan al-Banna, Ikhwan Muslimin menjadi penggerak kebangkitan semula Islam abad ini.





Sifat kepimpinan pemimpin agung ini terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah. Beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin.Pada usia 16 tahun, beliau ke kota Kaherah untuk melanjutkan pelajaran di Darul Ulum. Di sana beliau didedahkan dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Ataturk. Yang dilihatnya ialah parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular semuanya terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam.

 
Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama'atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai. Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.Al-Imam Hassan al-Banna menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Ketika itu beliau berusia 23 tahun dan baru mendapat ijazah dari Darul Ulum, serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah rendah di bandar Ismailiyyah.



Setelah berkhidmat 19 tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah dengan berkesan dalam masyarakat di bandar itu. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh. Ternyata Hassan al-Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu, memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad seterusnya melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas.Ikhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas perang dunia kedua apabila gerakan itu turut bertanding di dalam perebutan kuasa politik.
Pengaruh Ikhwan yang kian kuat amat dikhuatiri oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa'di.

 
Ikhwan Muslimin kemudian diharamkan pada 1948 atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sungguhpun begitu Hassan al-Banna masih dibebaskan dan beliau cuba sedaya upaya menyelamatkan Ikhwan. Malangnya usaha beliau belum berhasil sehinggalah ditembak pada waktu Zuhur 12 Februari 1949, genap 60 tahun hari ini.... ketika keluar dari bangunan Ikhwan Muslimin. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan beliau dikatakan telah dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin. Jenazah al-Imam Hassan Al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir hanya keluarganya sendiri. Semoga Allah S.W.T. menerima rohnya dengan penuh keredaan.





Khamis, 10 Februari 2011

SALAHUDIN AL-AYUBI: SINGA PADANG PASIR

Sebelum meninggal dunia Sultan Salahudin Al Ayubi berpesan kepada anak-anaknya; "Anakku, Jangan kamu menumpahkan darah, kerana apabila darah telah terpercik tidak ada yang tertidur."
 
**Salahudin Al-Ayubi atau nama sebenarnya Sholahuddin Yusuf bin Ayyub, Atau Saladin –menurut panggilan orang Barat– lahir pada tahun 1137M, di kota Tikrit, berhampiran dengan Sungai Tigris, kira-kira 140 km dari kota Baghdad.

**Salahudin dilahirkan ketika keluarganya dihalau dari Tikrit oleh pemerintah Baghdad kerana dituduh penghianat.sehingga ayahnya berkata Anakku ini dilahirkan ketika aku dalam kesusahan. Aku bimbang kelahirannya membawa sial. Tidak siapa menyangka bayi itu menjadi pahlawan terbilang.

**Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak Kurdish biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada seorangpun yang menyangka suatu hari nanti dia akan merampas kembali bumi Palestin dari tentera Salib. Walau bagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya ke arah itu.

**Salahuddin pernah berkata, Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin DIA juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan DIA memenangkan perjuangan Islam.

**Sahabat2 yang membaca, suka saya di sini berkongsi beberapa kehebatan yang paling saya kagumi dari Salahudin Al-Ayubi. Dia sanggup pergi ke pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak umat Islam supaya bangkit membela Islam. Ketika perang berlansung dia lebih suka berpuasa.semangat Salahuddin sentiasa berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya.Dia sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad. Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad dia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini dia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila dia telah memulakan jihad melawan tentera salib dia akan menumpahkan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya.

**Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis Hajatnya tercapai pada hari jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Israk Mikraj, Salahuddin telah memasuki Masjidil al Aqsa.

**Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai seorang yang memilliki kelebihan daripada orang lain kerana menunjukkan akhlak yang mulia. Menurutnya pada hari tentera salib menakluk Jerusalem pada tahun 1099, mereka telah menyembelih orang-orang Islam termasuk wanita dan kanak-kanak, bermula dari pagi hinggalah ke tengah malam. Pada keesokan harinya mayat-mayat orang Islam bertimbun setinggi paras lutut di sepanjang jalan di Jerusalem.

**Tetapi apabila Sultan Salahudin al-Ayubi menakluk kembali Jerusalem pada 1187, tentera Islam tidak membunuh seorang pun penduduk Jerusalem , malah pada keesokan harinya Salehudin telah membenarkan penganut semua agama (tidak kira sama ada Islam atau Kristian atau Yahudi) untuk bersembahyang di tempat-tempat suci masing-masing di bandar tersebut.
**Satu lagi kebaikan yang ditunjukan oleh Sultan Salahudin ialah kepada musuhnya Raja Richard Berhati Singa yang datang dari England. Ketika peperangan sedang berlansung, Raja Richard jatuh sakit lalu Sultan Saladin mengirimnya buah-buahan segar, air sejuk dan seorang dokter. Kerana terharu dengan kebaikan Sultan Salahudin maka akhirnya ditandatangani perjanjian damai pada 1 September 1192 sehingga orang-orang Eropah berasa takjub bagaimana agama Islam boleh melahirkan seorang pahlawan yang baik seperti Salahudin Al Ayubi.

**Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin.

**Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas jatuh sakit, dia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Jaafar seorang yang warak telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya membaca al Quran. Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Quran. Dalam masa ini Salahuddin selalu pingsan.

**Apabila Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat, Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia berkata, Memang benar tidak ada Tuhan selain Allah. Selepas dia mengucapkan kata-kata itu dia menghembuskan nafasnya yang terakhir sebelum subuh, 27 Safar.


**Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali 1 dinar 47 dirham. Harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk belanja pengkebumiannya. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.

Teman-teman, beginilah kehebatan seorang tokoh pemimpin yang agung. Mungkin tidak semuanya orang barat mengagumi Salahuddin Al Ayubi sebagai seorang yang pemberani, pahlawan, dan seorang yang tidak perlu dipertanyakan lagi kesolehannya.Kerana dari beberapa filem mengenai perang salib yang diproduksi oleh holywood, digambarkan bahewa Salahuddin Al Ayubi adalah seorang yang kejam dan bengis dan tanpa ampun dengan lawan2nya, sedangkan panglima dari pihak nasrani adalah orang yang suka kedamaian dan menghadapi musuh lebih bijaksana, hingga perdamaian terwujud atas usulan dari pangliman nasrani ini..
 
~GENERASI SALAHUDIN AYUB??~
P/s: Subhanallah! Alangkah ditunggu-tunggu kedatangan pemimpin Islam yang bercirikan Salahuddin Al-Ayyubi. Itulah Islam, RAHMAT BAGI SELURUH ALAM, inilah pemimpin yang benar-benar menjadikan RASULULLAH MUHAMMAD SAW, sebagai teladan dalam hidupnya!


~KAGUM~


Selasa, 8 Februari 2011

REVOLUSIKU

Nadi ku degup kencang

Jiwa ku takkan goyang
Keringat kudrat membasahi
Semangat takkan mati
...Andai ku jatuh tersungkur
Selagi di kandung tubuh
Akan ku bangun semula
Menggapai bintang
Ku berdoa
Pada Mu Tuhan
beri kekuatan
Tiada tandingan
Ku berdoa
Dengan nafas ku hela
Ku lihat cahaya
Dunia baru
Revolusi ku

Lagu & Lirik: IK
Nyanyian: Razzi Rahman
Performed by: Pagi band

POLITICAL ISSUE; "MERLIMAU: GELANGGANG DAKWAH KE-15"


Pilihan Raya Kecil (PRK) telah berlalu dan Umno berjaya mempertahankan kerusi mereka. PAS kalah dari segi angka, namun hakikat sebenar perjuangan dakwah Islam dianggap berjaya. Harus diingat, PAS bukan sekadar parti politik yang berdaftar secara sah mengikut perlembagaan, tetapi juga sebagai jemaah yang memikul tanggungjawab dakwah kepada orang Islam dan bukan Islam.
Hal ini memang jelas diketahui dan didokongi oleh pimpinan, ahli dan penyokong yang faham akan perjuangan PAS. Oleh sebab itu lah parti Islam ini menyertai pilihan raya umum dan pilihan raya kecil sejak belum merdeka lagi walaupun sedar bahawa pertandingan tersebut tidak memihak kepada mereka.
PRK Dun Tenang, Johor misalnya, walalupun sedar bahawa PAS memasuki gelanggang untuk “kalah”, namun atas dasar dakwah parti itu tetap memberikan cabaran. Terbukti, walaupun kalah dari segi undi, isu calon PAS yang enggan bersalam dengan lelaki ajnabi (kemudiannya calon memakai sarung tangan) telah menyerlahkan sikap hipokrit Umno dalam menyampaikan kefahaman Islam. Umno bukan sahaja tidak menyampaikan etika Islam kepada rakan-rakan bukan Islam bahkan gagal menyatakan perihal Islam yang sebenar kepada ahlinya yang mengaku beragama Islam.
PAS kini bukan sahaja berjaya mentarbiah kebanyakan ahlinya tentang Islam yang syumul bahkan kini berjaya menyampaikan pula penerangan tentang Islam kepada rakan-rakan bukan Islamnya. Dalam isu bersalam tangan, rakan-rakan bukan Islam yang bersama-sama PAS telah memberi penerangan tentang adab dan budaya agama Islam kepada orang ramai dan meminta mereka menghormati pendirian Islam tentang isu tersebut. Bukankah ini salah satu kejayaan PAS dalam menerangkan Islam?

Kini, PRK Dun Merlimau, Melaka sekali lagi memberi peluang kepada PAS untuk bertemu dengan seramai mungkin rakyat dan menyampaikan dakwah Islam. Peluang sebegini luas hanya datang setiap PRU dan PRK. Hakikat dakwah inilah yang tidak ada dalam Umno dan mereka tentunya berasa hairan kenapa PAS bersusah payah bertanding untuk “kalah”.

Umno juga tidak akan faham kenapa ahli-ahli PAS berjuang dan terus berjuang walaupun sedar mereka berada dalam keadaan serba kekurangan sama ada dari segi kewangan, logistik, pentadbiran dan segalanya. Umno perlu sedar bahawa PAS bukan berjuang untuk wang, harta dan pangkat, bukan juga demi individu tertentu atau pemimpin tertentu, tetapi ahlinya berjuang untuk Islam.

Suatu kisah ketika tentera Islam mempertahankan Baitul Muqaddas yang dikepung oleh tentera King Richards the Lionheart. Salahudin al-Ayubi telah menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat memusnahkan “kereta kebal” musuh yang digunakan untuk menembusi benteng pertahanan Baitul Muqaddas.

Salah seorang, juruteranya berjaya mencipta sejenis alat yang dapat membakar dan seterusnya memusnahkan “kereta kebal” tersebut. Apabila ditanyakan kepada jurutera tersebut apakah hadiah yang dimahukan, dia menjawab dengan tegas, “Ucapan terima kasih pun saya tak perlu, inikan pula hadiah. Saya berjuang bukan untuk tuan, tetapi untuk Allah.”

Semoga, semangat itu dapat diteruskan pula di Merlimau nanti. Mengikut rekod pilihan raya yang lepas-lepas, kawasan ini merupakan kubu kuat Umno. Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir daripada Umno-BN menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi – menyaksikan kekurangan hampir 3,000 undi berbanding PRU 11 pada tahun 2004. Ketika itu Mohamad Hidhir mendapat 6,332 undi menewaskan calon PKR iaitu Jayathas Sirkunavelu dengan majoriti 5,087 undi. Jayathas mendapat 1,245 undi.

PRK ini nanti bakal memberi peluang kepada 10,643 pengundi biasa dan 36 pengundi pos untuk memilih wakil baru mereka di Dun Melaka. Angka tersebut berdasarkan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang telah dikemaskini sehingga 20 Januari 2011.

Di Melaka Umno mempunyai 18 kerusi di Dun, empat kerusi MCA, satu kerusi MIC dan DAP pula lima mendapat kerusi. Sehingga kini PAS masih menantikan anak sulungnya di Melaka setelah kesemua negeri di Semenanjung mempunyai wakil PAS.

Sehingga kini, telah 14 PRK telah berlangsung selepas badai tsunami Pilihan Raya Umum ke-12, 2008 yang lalu. Daripada siri PRK tersebut Pakatan Rakyat (PR) menang di Sibu, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Permatang Pauh, Permatang Pasir, Manek Urai, Penanti dan Bukit Selambau. Manakala Barisan Nasional (BN) pula menang di Tenang, Hulu Selangor, Galas, Tenang, Batu Sapi, Bagan Pinang dan Tenang.

Apakah akan berlaku kejutan di Merlimau pada kali ini? Walaupun secara logiknya, Umno boleh menang walaupun dalam keadaan mata terpejam, namun tidak ada siapa yang tahu kuasa Allah. PAS telah memperoleh anak sulungnya di Johor pada PRU 11 pada 2004 apabila Dr Ramli menang tanpa bertanding akibat calon Umno tersilap mengisi borang.

Tugas PAS hanyalah turun gelanggang untuk bertarung, urusan kalah dan menang terserah kepada Allah SWT.

http://www.harakahdaily.net/v2/