HOME OF MUSAFIR

Selasa, 3 November 2009

~HIJRAH~

HIJRAH....Saya pasti, anda selalu mendengar kisah tentang Siti Zulaikha dan Rabiatul Adawiah. Malanglah diri anda jika anda tidak mengetahui ksah tentang dua insan ini. Saya ingin bertanya kepada anda: “Adakah anda pernah berhijrah dan adakah hijrah anda berkesan?” Anda berilah jawapan kepada diri anda sendiri. Bagi saya, hijrah yang anda lalui dan hijrah yang telah saya lalui adalah berbeza. Jomlah kita mnyusuri kisah sebuah hijrah. Lihatlah apa yang berlaku kepada Siti Zulaikha, tatkala hatinya disapa hidayah. Daripada seorang yang mabuk cinta kepada lelaki yang paling tampan yang pernah Allah ciptakan, Zulaikha mengalihkan sepenuh cintanya kepada Pencipta cinta dan Pencipta segala keindahan iaitu Allah swt.

Walaupun akhirnya Zulaikha ditakdirkan berkahwin dgn Nabi Yusuf a.s.,namun dgn pimpinan hidayah yg terus menerus dari Allah dan berkat didikan suami bertaraf rasul itu, Zulaikha kembali mengabdikan diri kepada Allah dgn sepenuh jiwa raganya. Zulaikha berhijrah ke jalan Tuhan dengan jiwa yang pasrah. Baki hidupnya dimanfaatkan untuk menebus kesalahan lama.

Demikian juga hijrah Rabiatul Adawiyah, daripada seorang perempuan yang berkhidmat untuk tuannya kepada seorang ahli ibadah yang berkhidmat semata-mata kepada Tuhan. 'Roh' hijrah Siti Zulaikha, Rabiatul Adawiyah dan hijrah orang-orang seumpamanya, terkandung di dalam firman Allah yang bermaksud:

"Dan kembalilah kepada Tuhan kamu dan menyerah dirilah (bertawakal) kepada-Nya, dan sebelum datang kepadamu azab, kemudian itu tidaklah kamu akan ditolong."
(Az-Zumar:54) Natijah dari hijrah kepada kebaikan ialah kemanisan iman. Inilah nikmat paling tinggi yang Allah anugerahkan kepada seseorang hamba-Nya. Nikmat kemanisan
iman diberi kepada hamba-hambaNya yang berusaha mencapai taraf mukmin sejati.

Antara sifat-sifat mukmin sejati:

1. Apabila disebut nama Allah, gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah, bertambah keimanannya.
2. Mendirikan solat dengan konsisten dan khusyuk.
3. Tidak menghimpun iman dan kebakhilan, dalam erti kata lain bersifat pemurah.
4. Berakhlak dengan akhlak Islam iaitu memiliki sifat-sifat mahmudah
.

P/s: Saya ingin berhijrah hanya kerana Allah. Walaupun hijrah saya belum mencapai tahap yang sempurna, saya harap ianya diterima oleh Allah, kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui hati hamba-hambaNya. Anda pula bagaimana???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan