HOME OF MUSAFIR

Ahad, 9 Januari 2011

BILA HATI SUDAH SUKA: JIWA BISNEZ

Ini apa kes..? Teringat di zaman persekolahan.. Cikgu Azizah dan Cikgu Khairul, dan semestinya team saya: "Class A Craft Sdn Bhd." Masa tu saya sebagai Marketing Executive team saya, alhamdulillah mewakili negeri Perak ke Konvensyen Usahawan Muda di UIA Gombak. Saya ingin berkongsi dengan anda apabila baru-baru ini, teman bisnes saya menghubungi dan menyatakan bahawa "kenape la aku di UiTM dulu langsung x join ape2 program/ seminar2 bisnez.. Skang ni aku menyesal sangat.. Skang aku minat sangat bisnez tp peluang menimba ilmu biz susah sangat nak dpt.." Lebih kurang beginilh ayatnye.. Saya di sini hanyalh ingin membuka ruang dan peluang kepada sahabat2 bisnz di luar sana.. Jom sertai peluang menimba ilmu berbisnezz.... Bersama2.. Bila hati sudah suka, insyaALLAH dpermudahkan..

Dan saya ingin berkongsi dengan anda satu perniagaan. Iaitu PERNIAGAAN DENGAN ALLAH.

Seruan Allah:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?” Surah As-Saff ayat 10.

Ya. Allah menyeru dan bertanya. Allah menyeru kepada orang-orang yang beriman. Kemudian Dia bertanya, apakah orang-orang yang beriman ingin melihat satu perniagaan yang boleh menyelamatkan mereka dari azab seksa api neraka.

Kenapa Allah menyeru orang yang beriman? Kerana orang yang beriman sahaja yang percaya bahawa adanya azab seksa api neraka. Maka, perniagaan ini hanya boleh disahut oleh yang beriman kepada Allah SWT dan ajaran Rasul-Nya.

*Persoalannya, apakah kita beriman?
*Bagaimana kepercayaan kita kepada Allah dan janji-janji-Nya?
*Mahukah kita menyahut perniagaan yang disuakan oleh-Nya?
*Yang mampu menjauhkan kita dari azab seksa-Nya?

Lapangan perniagaan:
Jadi, apa yang perlu dilakukan oleh kita dalam perniagaan ini?

“(Iaitu) Kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” Surah As-Saff ayat 11.

-Itulah dia yang kita perlu usahakan di dalam perniagaan ini. Itulah dia ‘barang dagangan’ kita dalam perniagaan ini.
1. Keimanan kepada Allah.
2. Keimanan kepada Rasulullah.
3. Berjuang dengan harta dan diri.

**p/s: peringatan buat diri saya, mari menjadi hamba...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan