HOME OF MUSAFIR

Isnin, 25 Oktober 2010

AMANAH YANG BESAR BUKANLAH HANYA TERBEBAN KEPADA SEORANG SAHAJA

Teman-teman sekalian, tiba-tiba saya terkenangkan sebuah ceramah oleh seorang Ustaz yang pada ketika itu saya baru sahaja mengenali apa itu ertinya dakwah Islam. Begitu luas dan mendalamnya erti dakwah. Sebelum ini, saya hanya mengetahui bahawa dakwah itu di masjid, di Forum Perdana Ehwal Islam, di dalam kaset-kaset ceramah dan juga di rumah saya sendiri dimana ayah selalu memberikan ulasan ceramah yang di dengarnya (kini ayah saya juga selalu memberi ulasan ceramah melalui telefon kerana saya berjauhan dengannya). Namun, apabila usia saya semakin dewasa (walaupun hakikatnya saya hanya 20-an), keterlibatan saya dalam pelbagai urusan menyebabkan saya lebih memahami apa erti "dakwah Islam". Maka, sudah tentulah jalan menuju dakwah itu bukan terletak pada bahu seorang sahaja..

Pembentukan masyarakat dan Ummah Islamiyyah memerlukan masa yang panjang, usaha yang berterusan, pencurahan tenaga yang besar dan kesediaan melalui tahap-tahap tertentu seperti yang diperlihatkan dalam Sirah Rasulullah SAW dan para sahabat baginda RA.

Tahap-tahap yang berdasarkan Sirah Rasulullah SAW adalah seperti berikut:
1. Tahap pembangunan ‘Aqidah yang melahirkan kefahaman yang betul tentang hakikat alam, manusia dan kehidupan. Inilah tahap asasi, pertama dan utama dalam pembentukan syaksiyyah Islamiyyah. Ia kaedah asas yang akan memperbetulkan tindakan-tindakan berikutnya.
2. Tahap perlaksanaan Iman dalam realiti hidup Muslim sepertimana yang pernah dijelaskan oleh Rasulullah SAW: “Iman bukanlah dengan angan-angan dan hiasan-hiasan, tetapi ia adalah apa yang bertakhta di dalam hati dan dibukti pula dengan amalan.”

Inilah tahap penghayatan Iman dalam tingkah laku dan aktiviti hidup supaya benar-benar lahir kehidupan Islam. Mereka yang kukuh ‘aqidah, betul fahaman dan baik amalan menyedari bahawa di sana terdapat tanggungjawab yang wajib dilaksanakan iaitu ‘Amal Haraki untuk membentuk, menerus dan mempertahankan Ummah dan Daulah Islamiyyah (wilayah yang dikuasai oleh umat Islam). Kerja-kerja besar ini tidak mampu dipikul dengan tenaga seorang, bahkan memerlukan penglibatan dalam Tanzim Haraki (Gerakan sebuah organisasi terancang) secara bersungguh-sungguh. Setiap mukmin bangun memperbaiki ahli-ahli, kawan-kawan dan mereka yang dapat dihubunginya. Kebaikan seseorang tidak akan menggugurkannya daripada tugas mengislahkan orang lain. Dia wajib bangun memikul tanggungjawab Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar meskipun keseorangan.

Ayuh SAHABAT-SAHABAT!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan