HOME OF MUSAFIR

Selasa, 17 Ogos 2010

ADAB BERMUSAFIR

  • Hari yang digalakkan bermusafir ialah hari Khamis, sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
  • Tidak bermusafir seorang diri, sebaliknya digalakkan agar bermusafir dalam kumpulan sekurang-kurangnya 3 orang.
  • Mempunyai bekalan dan perbelanjaan yang mencukupi untuk pergi dan balik.
  • Saling membantu sepanjang perjalanan.
  • Menggunakan wang perbelanjaan dengan berhemah.
  • Memperbanyak doa dan zikir.
  • Digalakkan beramah mesra dan bergurau dengan teman dengan gurauan yang dibenarkan dalam Islam.
  • Bersikap tenang dan ceria.
  • Sentiasa melaksanakan 'amar ma'ruf, nahi munkar' sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Ali 'Imran, ayat ke 104 yang bermaksud: "Dan hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."
  • Tidak menyusahkan orang yang ditumpangi kenderaan atau rumahnya.
  • Menggunakan kemudahan yang Allah berikan seperti solat Jama' dan Qasar mengikut syarat-syaratnya.

     
  • http://wwwdaneyahdayana.blogspot.com/
  • http://zhafran-alfaruq.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan