HOME OF MUSAFIR

Isnin, 7 Jun 2010

INTIFADA YANG DIBERKATI

Pengenalan


Apakah yang dimaksudkan dengan intifada? Intifada adalah dari kalimah arab yang membawa maksud ‘kebangkitan’. Apakah hubungkait intifada dengan perjuangan rakyat Palestin dan apakah faktor utama yang menjadi penyumbang kepada berlakunya peristiwa
 ini? Untuk pengetahuan semua, kita sebenarnya tidak boleh melupakan peranan besar yang dimainkan oleh HAMAS (Harakatul Muqawamatul Islamiyah) sebagai sayap Ikhwanul Muslimin di Palestin. Telah ternyata penubuhan HAMAS serta sejarah pergerakan ini dalam membebaskan bumi Palestin yang menjadi kebanggaan umat Islam seluruh dunia malah tidak dapat tidak, kita mengatakan pertubuhan ini adalah pengerak utama kepada gerakan intifada ini.

Sebelum kajian ini pergi lebih jauh lagi, penulis ingin menarik perhatian pembaca, pandangan dan fatwa yang telah dikeluarkan oleh seorang ilmuan Islam yang tersohor di abad ini. Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi, seorang ulama Timur Tengah yang kini menjadi rujukan umat Islam seluruh dunia menjelaskan bahawa kaum muslimin tidak memerangi orang-orang Israel kerana mereka adalah penganut agama Yahudi. Tetapi peperangan atau pun intifada ini berlaku adalah kerana mereka merompak tanah air bangsa Palestin, mereka menumpahkan darah kaum muslimin dan menodai kesucian masjid serta gereja yang menjadi tempat suci umat Islam dan Kristian. Malah dalam wawancara beliau dengan stesyen TV Al Jazeera (2/6/2002) dalam program Syariat wal Hayat, Qardhawi menegaskan “Kami tidak memerangi Israel kerana mereka Yahudi, tetapi kerana mereka merampas tanah kami, membunuh kami, dan mengotori tempat suci kami."

SUMBER: muhammadridwanto.wordpress.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan