HOME OF MUSAFIR

Isnin, 22 Mac 2010

Jom IT

Assalamualaikum kepada kalian yang sudi membaca blog saya. Apabila saya menggunakan beberapa software komputer yang melibatkan photo editor, pasti saya teringat kepada beberapa orang sahabat saya. Mereka mempunyai hobi yang sama dengan saya, tetapi tidak serupa dari segi pelaksanaan hobi tersebut. Saya membuat andaian, mungkin minat juga memainkan peranan penting.. =) Mereka yang saya maksudkan adalah Hazirah, Ana, Sai'e, Riziana, dan beberapa oarang lagi. Di antara mereka ada seorang guru. Namanya cikgu Anuar b. Nordin. Pada hari pertama saya menjadi anak murid beliau, beliau dengan gigihnya mengajar anak-anak muridnya. Al-maklumlah, anak-anak muridnya baru belajar. Cikgu Anuar seorang yang komited dalam bab-bab komputer sampaikan saya pun tidak terfikir tentang minat seperti beliau. Cuma yang saya ingin kongsikan dengan anda ialah, saya dan kawan-kawan saya dapat mempelajari sedikit sebanyak ilmu IT dengan beliau dan menggunakannya untuk INTERAKTIF DAKWAH melalui medium MULTIMEDIA.. Terima Kasih Cikgu.. =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan