HOME OF MUSAFIR

Selasa, 3 November 2009

~CITA-CITA~

Saya : Slm..buatpe tu..mcmne mngajar..?
Sahabat : Wkslm,kat umh je rehat.skg bdk2 exam,just buat kj2 kmaskini je.
Saya : Oh,ok..slmt mngjar ye cikgu!!ajar sbjek ape..?
Sahabat : Xdpt jdual lg ni.xtau la dpt mngajar ape..ssh ht jgk.bdk2 cina ni buas2 plk 2.bkn nk blajo pn.dah la BM pn xfhm sgt.
Saya : Sbr jela ek..insyaAllah blh..sahut cbran!!GOOD LUCK!!agak2nye brape lame ngjar kat sklh tu ek..?
Sahabat : Lame la jgk,lgpun daerah yg same kalo mtk tukar pun,10 thn jgk la kena tggu.laen la kalo de yg leh tlg..sblm I pn prktikal sek rmai yg cina jgk,kira dh de pglmn la.
Saya : Ok,nasib dkt dgn rumah..sng sikit kan..?slmt mngajar cikgu!!

Perbualan SMS di atas adalah di antara saya dengan sorang teman akrab sejak di sekolah menengah. Kami ditakdirkan berpisah setelah dia mendapat tawaran ke matrikulasi Pulau Pinang manakala saya meneruskan pengajian ke Tingkatan 6 di SMK Clifford Kuala Kangsar. Dia meneruskan pengajian dalam bidang ijazah pendidikan. Baru-baru ini dia telah pun menamatkan pengajian dan tlah mandapat tawaran mengajar di salah sebuah sekolah Cina di daerah kelahiran kami sendiri. Alhamdulillah dekat dengan rumah. Mungkin ia satu kemudahan, jika dibandingkan dengan kawan-kawannya yang medapat tawaran mengajar di luar semenanjung. Terdapat pelbagai pendapat mengatakan bahawa jauh perjalanan, luas pengalaman. Namun, bagi saya, saya lebih suka merantau ke negeri orang selagi mana tempat itu selamat. Tidak dinafikan, siapalah yang hendak berjauhan dengan keluarga. Tambahan pula bagi seorang anak bongsu seperti saya. Saya tidak mahu berjauhan dngan ibu bapa saya, tambahan pula mereka semakin uzur di kampung. Namun, walau di mana bumi dipijak, maka disitulah tempat untuk kita beramal dan berbakti untuk meneruskan kesinambungan perjuangan sebagai seorang Muslim (especially sebagai seorang dai'e).

P/s: Cita-cita saya adalah ingin menjadi seorang guru, insyaAllah. (Sekarang ini saya juga adalah seorang guru, guru kepada kawan-kawan dan anak-anak saudara saya.) Jika ada peluang, saya ingin menyambung pengajian dalam bidang pendidikan. Doakan saya!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan