HOME OF MUSAFIR

Khamis, 12 November 2009

Sabtu, 7 November 2009

~DETIK MASA~



YG TELAH BERLALU, ADAKAH IA AKAN DATANG LAGI..
UMPAMA RAMADHAN....

~YA ALLAH~


...ALLAH MAHA MENGETAHUI HAMBA-HAMBANYA...

~WEHDAH'09~


PROGRAM KONVENSYEN PENDAKWAH MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN (WEHDAH'09)




ANJURAN: SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA (SPMM)
&
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (KPTM)

Untuk penyertaan sila hubungi :
Izwan (013-323 3780) @ Mira (013-334 6542)


1. LATAR BELAKANG

i. Cabaran dan pendekatan dakwah terutama kepada golongan generasi muda memerlukan satu trasformasi dan anjakan paradigma yang begitu berbeza sekali. Dalam dunia yang semakin terbuka dalam era globalisasi ini cabaran untuk mengekalkan jati diri dan cara hidup yang berlandaskan ajaran suci Islam begitu hebat sekali.

ii. Dalam Konvensyen Pendakwah Muda yang telah dianjurkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun 2006 bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DEKTAR) Universiti Kebangsaan Malaysia telah membawa penubuhan Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM).

iii. Sebagai satu langkah kesinambungan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) mengambil langkah pro-aktif berhasrat menganjurkan Program Konvensyen Pendakwah Muda Malaysia 2009.

2. OBJEKTIF
i. Memberikan gambaran dan maklumat sebenar berkaitan isu, cabaran dan realitti sebenar keadaan masyarakat serta hubungkait dengan keperluan untuk berdakwah terutama kepada golongan generasi muda.

ii. Menyatukan generasi muda Islam untuk bertukar-tukar pendapat, cadangan dan resolusi bernas yang dapat meninggikan syiar Islam seterusnya membawa trasformasi kaedah dan cara dalam gerakan dakwah agar bersesuaian dengan golongan generasi muda.

iii. Mengumpulkan idea-idea cadangan-cadangan yang baik dalam menentukan hala tuju dan peranan golongan generasi muda yang sebenar dalam masyarakat terutama dalam mencari jalan yang terbaik melaksanakan usaha dakwah.

iv. Memperkukuhkan jaringan hubungan baik di kalangan organisasi dakwah dan intelektual muda di Malaysia untuk bertindak secara kolektif dalam menangani isu-isu nasional mahupun antarabangsa.

3. PENYERTAAN
Mahasiswa/i >> IPTA/S, Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia << (yang lain boleh dibawa runding)

4. YURAN
Tiada yuran dikenakan.

5. Tarikh / Tempat
23-25 November 2009 di Kampus USIM

Email :
kpmk09@gmail. com


URL :
http://pendakwahmud a.blogspot. com/
http://kpmk09. blogspot. com

Selasa, 3 November 2009

~HIJRAH~

HIJRAH....Saya pasti, anda selalu mendengar kisah tentang Siti Zulaikha dan Rabiatul Adawiah. Malanglah diri anda jika anda tidak mengetahui ksah tentang dua insan ini. Saya ingin bertanya kepada anda: “Adakah anda pernah berhijrah dan adakah hijrah anda berkesan?” Anda berilah jawapan kepada diri anda sendiri. Bagi saya, hijrah yang anda lalui dan hijrah yang telah saya lalui adalah berbeza. Jomlah kita mnyusuri kisah sebuah hijrah. Lihatlah apa yang berlaku kepada Siti Zulaikha, tatkala hatinya disapa hidayah. Daripada seorang yang mabuk cinta kepada lelaki yang paling tampan yang pernah Allah ciptakan, Zulaikha mengalihkan sepenuh cintanya kepada Pencipta cinta dan Pencipta segala keindahan iaitu Allah swt.

Walaupun akhirnya Zulaikha ditakdirkan berkahwin dgn Nabi Yusuf a.s.,namun dgn pimpinan hidayah yg terus menerus dari Allah dan berkat didikan suami bertaraf rasul itu, Zulaikha kembali mengabdikan diri kepada Allah dgn sepenuh jiwa raganya. Zulaikha berhijrah ke jalan Tuhan dengan jiwa yang pasrah. Baki hidupnya dimanfaatkan untuk menebus kesalahan lama.

Demikian juga hijrah Rabiatul Adawiyah, daripada seorang perempuan yang berkhidmat untuk tuannya kepada seorang ahli ibadah yang berkhidmat semata-mata kepada Tuhan. 'Roh' hijrah Siti Zulaikha, Rabiatul Adawiyah dan hijrah orang-orang seumpamanya, terkandung di dalam firman Allah yang bermaksud:

"Dan kembalilah kepada Tuhan kamu dan menyerah dirilah (bertawakal) kepada-Nya, dan sebelum datang kepadamu azab, kemudian itu tidaklah kamu akan ditolong."
(Az-Zumar:54) Natijah dari hijrah kepada kebaikan ialah kemanisan iman. Inilah nikmat paling tinggi yang Allah anugerahkan kepada seseorang hamba-Nya. Nikmat kemanisan
iman diberi kepada hamba-hambaNya yang berusaha mencapai taraf mukmin sejati.

Antara sifat-sifat mukmin sejati:

1. Apabila disebut nama Allah, gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah, bertambah keimanannya.
2. Mendirikan solat dengan konsisten dan khusyuk.
3. Tidak menghimpun iman dan kebakhilan, dalam erti kata lain bersifat pemurah.
4. Berakhlak dengan akhlak Islam iaitu memiliki sifat-sifat mahmudah
.

P/s: Saya ingin berhijrah hanya kerana Allah. Walaupun hijrah saya belum mencapai tahap yang sempurna, saya harap ianya diterima oleh Allah, kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui hati hamba-hambaNya. Anda pula bagaimana???

~YANG IKHLAS~

Saya pasti, anda yang sedang membaca blog saya ini adalah seorang yang ikhlas. Bagaimana saya boleh mengetahui tentang keikhlasan anda? Kerana anda membaca dengan penuh rasa ingin tahu, anda juga berharap supaya anda mendapat sesuatu input yang berguna dari pembacaan anda, anda cuba mengkritik, tapi kritikan anda adalah yang membina, anda ingin membantu saya. Benarkan begitu? Sayamempunyai sedikit perkongsian dengan anda hasil dari pembacaan saya. Saya membaca kerana saya ingin melatih diri saya mencintai ilmu. Berilmu tanpa amal tidak akan melahirkan sifat warak, zuhud, dan taqwa.Berilmu dan beramal tetapi tidak bersifat ikhlas seperti amalan yg dilakukan itu tidak memberi kesan pada pembentukan peribadi yg baik. Ikhlas merupakan puncak daripada gagasan sifat-sifat terpuji yagg seharusnya dimiliki dan diamalkan oleh seseorang.

Sifat ikhlas hanya akan terbentuk pada diri seseorang andainya ia mempunyai sifat ihsan, amanah, rendah diri, dan sifat-sifat lain yang terpuji. Oleh sebab itulah sifat ikhlas itu tinggi martabatnya menjadikan org yg bersifat demikian tidak boleh diperdaya oleh iblis dan syaitan. Orang yg seumpama inilah yg mendapat inayah dan maunah dari Allah [swt]. Saya Cuma mengulas sedikit kata-kata dari Prof Dr Harun Din. Semoga ianya bermanfaat.

Persolan yang sedang bermain di fikiran saya sekarang:
1. Adakah saya betul-betul ikhlas menulis blog ini kerana Allah?
2. Adakah penulisan saya membawa manfaat kepada saya dan anda?
3. Adakah saya menggunakan masa saya sebaiknya dan adakah saya menyebabkan masa anda berlalu tanpa manfaat setelah anda membaca penulisan saya?
4. Adakah kita ikhlas???

Semoga sifat ikhlas menjadi sifat orang-orang mukmin. Ini doa saya untuk anda dan doa khas buat diri saya sendiri kerana saya akui bahawa saya bukanlah sentiasa ikhlas. Saya pernah mendengar daripada guru saya bahawa amalan yang tidak ikhlas tidak akan dikira sebagai amalan soleh oleh Allah. Dalam sebuah hadis ada mengatakan bahawa, “Setiap amalan itu bermula dengan niat.” Guru saya juga ada menerangkan bahawa jika seseorang itu tidak ikhlas dalam beramal, maka berlatihlah seolah-olah seperti ikhlas. Inilah yang saya maksudkan sebagai berlakon ikhlas namun lama-kelamaan akhirnya sifat ikhlas akan terbentuk dengan penuh hikmah. Ia adalah sebagai satu latihan. Yang menilai samada dari segi pahala atau dosa, hanya Allah lah yang layak menilai. Jika penulisan saya mempunyai banyak kesalahan, tegurlah saya. Saya bukan seorang yang sempurna kerana saya sorang manusia yang kadang kala menulis mungkin kerana nafsu. Wallahua’lam…

~SIFAT-SIFAT HIPOKRIT~

"Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yangbmempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia nak menang." (Riwayat oleh al'Syaikhan dr Ibn. 'Amr.)