HOME OF MUSAFIR

Selasa, 26 Oktober 2010

BUAT TEMAN-TEMAN SEPERJUANGAN


TERIMA KASIH MY BIG BOS (MR. L) DARI TEAM IT. SAYA CUBA MENGAPLIKASI ILMU DARI TEAM IT, BERKAT KESUNGGUHAN DAN DORONGAN DARI MR SIFU SERTA TEMAN2, INSYAALLAH KITA AKAN BERJUMPA DI MEDAN YANG LEBIH BAIK. MY BOS IN TEAM IT

Isnin, 25 Oktober 2010

AMANAH YANG BESAR BUKANLAH HANYA TERBEBAN KEPADA SEORANG SAHAJA

Teman-teman sekalian, tiba-tiba saya terkenangkan sebuah ceramah oleh seorang Ustaz yang pada ketika itu saya baru sahaja mengenali apa itu ertinya dakwah Islam. Begitu luas dan mendalamnya erti dakwah. Sebelum ini, saya hanya mengetahui bahawa dakwah itu di masjid, di Forum Perdana Ehwal Islam, di dalam kaset-kaset ceramah dan juga di rumah saya sendiri dimana ayah selalu memberikan ulasan ceramah yang di dengarnya (kini ayah saya juga selalu memberi ulasan ceramah melalui telefon kerana saya berjauhan dengannya). Namun, apabila usia saya semakin dewasa (walaupun hakikatnya saya hanya 20-an), keterlibatan saya dalam pelbagai urusan menyebabkan saya lebih memahami apa erti "dakwah Islam". Maka, sudah tentulah jalan menuju dakwah itu bukan terletak pada bahu seorang sahaja..

Pembentukan masyarakat dan Ummah Islamiyyah memerlukan masa yang panjang, usaha yang berterusan, pencurahan tenaga yang besar dan kesediaan melalui tahap-tahap tertentu seperti yang diperlihatkan dalam Sirah Rasulullah SAW dan para sahabat baginda RA.

Tahap-tahap yang berdasarkan Sirah Rasulullah SAW adalah seperti berikut:
1. Tahap pembangunan ‘Aqidah yang melahirkan kefahaman yang betul tentang hakikat alam, manusia dan kehidupan. Inilah tahap asasi, pertama dan utama dalam pembentukan syaksiyyah Islamiyyah. Ia kaedah asas yang akan memperbetulkan tindakan-tindakan berikutnya.
2. Tahap perlaksanaan Iman dalam realiti hidup Muslim sepertimana yang pernah dijelaskan oleh Rasulullah SAW: “Iman bukanlah dengan angan-angan dan hiasan-hiasan, tetapi ia adalah apa yang bertakhta di dalam hati dan dibukti pula dengan amalan.”

Inilah tahap penghayatan Iman dalam tingkah laku dan aktiviti hidup supaya benar-benar lahir kehidupan Islam. Mereka yang kukuh ‘aqidah, betul fahaman dan baik amalan menyedari bahawa di sana terdapat tanggungjawab yang wajib dilaksanakan iaitu ‘Amal Haraki untuk membentuk, menerus dan mempertahankan Ummah dan Daulah Islamiyyah (wilayah yang dikuasai oleh umat Islam). Kerja-kerja besar ini tidak mampu dipikul dengan tenaga seorang, bahkan memerlukan penglibatan dalam Tanzim Haraki (Gerakan sebuah organisasi terancang) secara bersungguh-sungguh. Setiap mukmin bangun memperbaiki ahli-ahli, kawan-kawan dan mereka yang dapat dihubunginya. Kebaikan seseorang tidak akan menggugurkannya daripada tugas mengislahkan orang lain. Dia wajib bangun memikul tanggungjawab Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar meskipun keseorangan.

Ayuh SAHABAT-SAHABAT!!


TIPS BANGUN SUBUH

Assalamualaikum Teman-teman.. Selalunya, blog dijadikan sebagai Electronic Life diary. Tapi, bagi saya, blog ini adalah tempat untuk saya berkongsi dengan Teman-teman saya. Andalah teman saya. Hari ini, saya ingin berkongsi sedikit tips yang saya perolehi dari pembacaan saya.. Ini juga adalah peringatan yang tepat untuk diri saya, kerana saya juga seperti anda, perlu di ingatkan.  Baiklah, ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu.
Masalah ini terjadi atas beberapa sebab; antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas (walaupun saya juga ada tabiat-tabiat ini).
Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini :
1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
2. Ambil wuduk sebelum tidur.
4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
5. Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.'
6. Maafkan semua orang sebelum tidur.
7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!

Peringatan: Jika anda dari kalangan kaum Adam, sudah pasti anda sepatutnya mengutamakan SOLAT BERJEMAAH DI SURAU/MASJID TANPA PERLU DIINGATKAN.

Panduan di atas memerlukan sedikit latihan. Namun insyaAllah, Allah pasti tolong kita sekiranya kita MAHU. Chaiyok!!


www.iluvislam.com

Sabtu, 9 Oktober 2010

~YANG IKHLAS~

Saya pasti, anda yang sedang membaca blog saya ini adalah seorang yang ikhlas. Bagaimana saya boleh mengetahui tentang keikhlasan anda? Kerana anda membaca dengan penuh rasa ingin tahu, anda juga berharap supaya anda mendapat sesuatu input yang berguna dari pembacaan anda, anda cuba mengkritik, tapi kritikan anda adalah yang membina, anda ingin membantu saya. Benarkan begitu? Sayamempunyai sedikit perkongsian dengan anda hasil dari pembacaan saya. Saya membaca kerana saya ingin melatih diri saya mencintai ilmu. Berilmu tanpa amal tidak akan melahirkan sifat warak, zuhud, dan taqwa.Berilmu dan beramal tetapi tidak bersifat ikhlas seperti amalan yg dilakukan itu tidak memberi kesan pada pembentukan peribadi yg baik. Ikhlas merupakan puncak daripada gagasan sifat-sifat terpuji yagg seharusnya dimiliki dan diamalkan oleh seseorang.

Sifat ikhlas hanya akan terbentuk pada diri seseorang andainya ia mempunyai sifat ihsan, amanah, rendah diri, dan sifat-sifat lain yang terpuji. Oleh sebab itulah sifat ikhlas itu tinggi martabatnya menjadikan org yg bersifat demikian tidak boleh diperdaya oleh iblis dan syaitan. Orang yg seumpama inilah yg mendapat inayah dan maunah dari Allah [swt]. Saya Cuma mengulas sedikit kata-kata dari Prof Dr Harun Din. Semoga ianya bermanfaat.

Persoalan yang sedang bermain di fikiran saya sekarang:
1. Adakah saya betul-betul ikhlas menulis blog ini kerana Allah?
2. Adakah penulisan saya membawa manfaat kepada saya dan anda?
3. Adakah saya menggunakan masa saya sebaiknya dan adakah saya menyebabkan masa anda berlalu tanpa manfaat setelah anda membaca penulisan saya?
4. Adakah kita ikhlas???

Semoga sifat ikhlas menjadi sifat orang-orang mukmin. Ini doa saya untuk anda dan doa khas buat diri saya sendiri kerana saya akui bahawa saya bukanlah sentiasa ikhlas. Saya pernah mendengar daripada guru saya bahawa amalan yang tidak ikhlas tidak akan dikira sebagai amalan soleh oleh Allah. Dalam sebuah hadis ada mengatakan bahawa, “Setiap amalan itu bermula dengan niat.” Guru saya juga ada menerangkan bahawa jika seseorang itu tidak ikhlas dalam beramal, maka berlatihlah seolah-olah seperti ikhlas. Inilah yang saya maksudkan sebagai berlakon ikhlas namun lama-kelamaan akhirnya sifat ikhlas akan terbentuk dengan penuh hikmah. Ia adalah sebagai satu latihan. Yang menilai samada dari segi pahala atau dosa, hanya Allah lah yang layak menilai. Jika penulisan saya mempunyai banyak kesalahan, tegurlah saya. Saya bukan seorang yang sempurna kerana saya sorang manusia yang kadang kala menulis mungkin kerana nafsu. Wallahua’lam… di ulang post.. =)

AKU MILIK TUHANKU