HOME OF MUSAFIR

Isnin, 7 Jun 2010

APAKAH GHARQAD??

1. Apabila Israel kini dibantah oleh seluruh bangsa , agama dan kaum ekoran kekejaman tanpa batas Yahudi Zionis pastinya ia menjadi satu petanda bahawa Israel mula tidak mendapat sokongan popular masyarakat dunia .

2. Ia merupakan detik awal yang akan membawa kepada kejatuhan dan kehancuran yahudi Alaihi laknatullah sementara Nabi saw pernah menjanjikan kehancuran mereka .

3. Sabda Rasulullah saw : " Tidak akan berlaku qiamat sehinggalah ummat Islam memerangi Yahudi dan membuatkan Yahudi lari bersembunyi di sebalik batu dan kayu . Lalu berkata batu dan kayu : Wahai Muslim , ini dia Yahudi dibelakangku , datanglah lalu bunuhlah ia . Kecuali pokok Gharqad sesungguhnya ia adalah sebahagian daripada pokok Yahudi ."

4. Pokok Gharqad menyembunyi dan menyelamatkan Yahudi daripada ummat Islam yang memerangi mereka . Saat pokok lain memberitahu mengenai persembunyian yahudi dibelakangnya , Gharqad hanya mendiamkan diri bagai menyelamatkan yahudi sekaligus membenarkan apa yang diperjuangkan oleh yahudi.

5. Kini Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad justeru mereka yakin apa yang disebut oleh nabi saw adalah satu kebenaran yang pasti berlaku . Sebagaimana Nabi saw mendahului statementnya 13 tahun lebih awal mengenai kejatuhan Parsi sebelum ia benar - benar jatuh dan tersungkur di zaman Saidina Umar al Khattab . Nabi juga mendahului statementnya 875 tahun lebih awal mengenai kejatuhan Kerajaan Binzantiniyin [ Rome Timur ] yang menguasai kota Kostantinapel sebelum ia benar - benar jatuh dan binasa di zaman pemerintahan Sultan Muhammad Al Faateh 557 tahun yang lalu.

6. Gharqad ialah nama pokok yang melindungi Yahudi dan menyelamatkannya dari ummat Islam. Dalam dunia ada kerajaan atau negara yang melindungi dan membela Yahudi dari dikecam oleh ummat Islam . Tentunya nama kerajaan atau negara itu ialah Kerajaan Gharqad atau negara Gharqad.

SUMBER: http://episodeperjuangan.blogspot.com/

INTIFADA YANG DIBERKATI

Pengenalan


Apakah yang dimaksudkan dengan intifada? Intifada adalah dari kalimah arab yang membawa maksud ‘kebangkitan’. Apakah hubungkait intifada dengan perjuangan rakyat Palestin dan apakah faktor utama yang menjadi penyumbang kepada berlakunya peristiwa
 ini? Untuk pengetahuan semua, kita sebenarnya tidak boleh melupakan peranan besar yang dimainkan oleh HAMAS (Harakatul Muqawamatul Islamiyah) sebagai sayap Ikhwanul Muslimin di Palestin. Telah ternyata penubuhan HAMAS serta sejarah pergerakan ini dalam membebaskan bumi Palestin yang menjadi kebanggaan umat Islam seluruh dunia malah tidak dapat tidak, kita mengatakan pertubuhan ini adalah pengerak utama kepada gerakan intifada ini.

Sebelum kajian ini pergi lebih jauh lagi, penulis ingin menarik perhatian pembaca, pandangan dan fatwa yang telah dikeluarkan oleh seorang ilmuan Islam yang tersohor di abad ini. Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi, seorang ulama Timur Tengah yang kini menjadi rujukan umat Islam seluruh dunia menjelaskan bahawa kaum muslimin tidak memerangi orang-orang Israel kerana mereka adalah penganut agama Yahudi. Tetapi peperangan atau pun intifada ini berlaku adalah kerana mereka merompak tanah air bangsa Palestin, mereka menumpahkan darah kaum muslimin dan menodai kesucian masjid serta gereja yang menjadi tempat suci umat Islam dan Kristian. Malah dalam wawancara beliau dengan stesyen TV Al Jazeera (2/6/2002) dalam program Syariat wal Hayat, Qardhawi menegaskan “Kami tidak memerangi Israel kerana mereka Yahudi, tetapi kerana mereka merampas tanah kami, membunuh kami, dan mengotori tempat suci kami."

SUMBER: muhammadridwanto.wordpress.com

TOP 10: FAKTOR SEORANG JUTAWAN!

Menurut buku The Millionaire's Mind Tulisan Dr. Thomas Stanley yang memuatkan tinjauan rambang yang dijalankan ke atas beribu jutawan, terdapat 10 faktor kejayaan seseorang jutawan. Brikut adalah carta yang bermula dengan nombor 10.

10 Kemahiran Menjual Produk dan Idea Sendiri (Fuyyo respek la)
9 Cekap dalam Pengurusan (Time management tue..)
8 Mempunyai Semangat Persaingan yang Tinggi (takdak hasad dengki...)
7 Mempunyai kualiti Kepimpinan yang Tinggi (Mesti la org yg berani..)
6 Mencintai Karier dan Perniagaan (Kalau x, baik buat benda lain)
5 Berkerja Lebih Keras Berbanding dengan Orang Lain (Rezeki tak datang bergolek kay!)
4 Pasangan yang Memahami dan Menyokong (Ni yang penting nie.... (",) )
3 Mudah Mesra (Yang penting mesti jaga akhlak.. Matlamat x menghalalkan cara. )
2 Berdisiplin (Bukan la mcm berkawad tu, yg penting x boros..)
1 Jujur dengan Semua (Semua orang akan suka.., Allah pun redha..)

SUMBER: SOLUSI