HOME OF MUSAFIR

Selasa, 29 Disember 2009

~RINDUNYA.....~



Assalamualaikum.. kepada anda yang membaca blog saya.. Tentu anda tahukan bahawa saya sedang memberitahu anda tntang perasaan saya.. Anda jangan tersalah faham. Apa yang saya ingin maksudkan adalah, saya rindu pada suasana dalam kuliah.. Walaupun hanya sebulan lebih saya bercuti dari  kuliah akademik, tidak bermakna saya tiada kuliah. Sepanjang cuti semester baru-baru ini, pelbagai aktiviti yang telah saya sertai. Contohnya, Outreach XPDC ke Kg. Org Asli Kuala Kangsar. Banyak pengalaman ya g saye telah raih, terutamanya mengenai kehidupan warga Org Asli di daerah saya. Mere kebanyakannya masih belum mempunyai apa-apa agama.. Dan ada antaranya yang menganut agama Kristian. Terdetik di hati saya, betapa bersyukurnya saya kerana telah dilahirkan sebagai seorang Islam yang fitrah sejak lahir. Alhamdulillah, di dalam XPDC ini, kami menemui seorang muslim di mana beliau adalah ex-mahasiswa dari UiTM Arau (bekas IPTA yang pernah saya diami selama 3tahun suatu ketika dahulu). Beliau merupakan seorang yang amat bertuah kerana diberi hidayah oleh ALLAH SWT dimana ketika beliau sedang menuntut bersama mahasiswa Bumiputera dan majoritinya Melayu. Selain itu, saya juga telah menyertai 1 program yang dianjurkan oleh salah 1 persatuan badan kerajaan iaitu Nisa' iaitu "Tautan Nisa'". Persatuan ini berhasrat untuk menggabungkan generasi muda muslim sebagai generasi idaman. Saya juga merupakan salah seorang AJK Nisa' di daerah saya. Semoga saya dapat berbakti dan berkongsi serta mendapatkan pelbagai perkara yang  bermanfaat berama belia Islam yang lain. Dalam tempoh cuti semester  juga, saya telah mendapat banyak info tentang 1 product ksihatan yang dinamakan "Bios 9000" iaitu produk terapi yang menggunakan medan elektrik di seluruh badan untuk kesihatan. Saya bukan nak mempromosikan produk ini, tapi  saya ingin memberitahu anda bahawa sepanjang saya bersama emak dan ayah saya mencuba produk ini, bukan sahaja saya dapat mengenali produk, saya juga dapat mengenali ramai masyarakat di tempat saya yang rata-ratanya telah mempunyai pelbagai penyakit. kesimpulannya, mencegah adalah lebih baik dari mengubati.. Info-info berkenaan kesihatan tubuh badan saya perolehi di spanjang sesi rawatan yang dilakukan secara percuma di daerah saya. Semoga kita dapat 1 pengajaran atau sekiranya terdapat sedikit kebaikan, anda ambillah. Jika terdapat keburukan, anda buanglah dan tegurlag saya demi kebaikan bersama! TERIMA KASIH. Gunakan masa sebaiknya...

~SIAPAKAH DIA??~

Siapakah yang saya maksudkan dengan 'DIA' ya? Anda yang membaca sudah tentu dah tahu kan.. Bagi anda yang meminati sejarah tokoh-tokoh Islam mahupun secara terperinci atau tidah, sudah tentu anda lebih mengenali siapa yag saya maksudkan. "SALAHUDIN AYUBI". Satu nama yang tidak asing lagi di dalam empayar kegemilangan ISLAM pada suatu ketika dahulu. Pelbagai strategi yang telah digunakan untuk kemenangan ISLAM. Sehingga berjaya menakluk Jerusalem. Jom baca buku ini! Saya telahpun menyimpannya sebagai 1 koleksi yang berharga. Anda bila lagi? Anda boleh sahaja mendapatkan senaskah buku ini di kedai-kedai buku! Selamat membaca,
"Membaca Jambatan Ilmu".